Thursday, March 8, 2012
Wednesday, February 22, 2012
Mesyuarat Agung Perwakilan Moscow 2012/2013
Bertemakan "maroon".
Itulah color yang dipilih untuk Mesyuarat Agung PERWAKILAN 2012/2013 yang telah diadakan pada 7hb Februari 2012 (Selasa), jam 10.30 pagi di Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia Moscow.
Jutaan terima kasih ditujukan kepada Y. Bhg. Dato' Duta selaku Penaung PERWAKILAN Moscow kerana sudi memberikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung tersebut.
Mesyuarat Agung PERWAKILAN Moscow bermula tepat pada jam 11.15 pagi. Agenda utama mesyuarat tersebut adalah untuk membubarkan AJK lama dan melantik AJK PERWAKILAN Moscow bagi sesi 2012/2013.
![]() |
| Majlis bacaan yasin dijalankan sebelum mesyurat bermula |
![]() |
| Y. Bhg. Datin Rusamelia Rusland - Pengerusi PEWAKILAN Moscow |
Wednesday, June 1, 2011
Asia Pacific Women's Group Charity Bazaar 2011
Asia Pacific Women's Group (APWG) Moscow, Charity Bazaar 2011 telah diadakan pada 28 May 2011 bertempat di Hotel Radisson Slavynskaya, Moscow. Perwakilan Moscow tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti tahunan anjuran APWG ini. Pelbagai jenis makanan Malaysia dan kraftangan tradisional Malaysia yang telah disediakan khas oleh ahli-ahli Perwakilan Moscow bagi menjayakan aktiviti ini. Bagi menyokong tujuan utama penganjuran Bazar ini, sebahagian hasil jualan disumbangkan kepada aktiviti-aktiviti kebajikan di sekitar Moscow. Pada tahun ini, selain dari terlibat dengan jualan di gerai-gerai, Perwakilan Moscow telah berkesempatan untuk memperkenalkan tarian dan pakaian tradisi Malaysia kepada semua pengunjung yang hadir melalui persembahan tarian dan pertunjukan fesyen yang dijayakan oleh kumpulan tarian yang terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia.
Tahniah! diucapkan kepada semua ahli Perwakilan Moscow yang telah bersama-sama menjayakan APWG Charity Bazaar 2011. "Individual commitment to a group effort - that is what makes a teamwork, a company work, a society work and a civilization work" - Vince Lombardi
Gerai Perwakilan Moscow



Persembahan Tarian Tradisional dan Pertunjukan Fesyen

Saturday, March 12, 2011
Majis Ramah Mesra Bersama YABhg Tun Dr Siti Hasmah Hj. Mohd Ali
Majlis ramah mesra ahli Perwakilan Moscow bersama YABhg Tun Dr Siti Hasmah bt Hj. Mohd Ali telah diadakan pada 11 Mac 2011 di Kedutaan Besar Malaysia, Moscow. Perwakilan Moscow amat berbesar hati dengan kesudian YABhg Tun Dr Siti Hasmah untuk meluangkan masa bertemu dengan semua ahli Perwakilan Moscow. Majlis ramah mesra telah dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan daripada ahli Perwakilan Moscow. Saturday, February 26, 2011
Mesyuarat Agung Perwakilan Moscow Sessi 2010/2011
Friday, January 21, 2011
Majlis Perkahwinan Melayu
Makan Beradab
Memotong Pulut Kuning

18 Januari 2011 - Satu majlis meraikan perkahwinan salah seorang ahli PERWAKILAN iaitu Pn. Sarifa Samsuddin dan pasangannya En. Abd Ghaffar Mat Yaasin telah berlangsung dengan meriahnya di bangunan Kedutaan Besar Malaysia Moscow. Majlis anjuran Tourism Malaysia yang turut dibantu dan disokong sepenuhnya oleh seluruh warga kedutaan dan ahli-ahli PERWAKILAN ini turut menyaksikan kehadiran wakil media Russia yang ingin menyaksikan majlis perkahwinan mengikut adat Melayu dengan lebih dekat. Justeru itu persediaan rapi telah dibuat bagi merealisasikan matlamat tersebut. Ahli-ahli PERWAKILAN turut membantu dalam penyediaan makanan, gubahan hantaran dan penyediaan bunga telur.
Di majlis yang gilang gemilang ini pasangan telah diarak masuk ke dewan dengan paluan kompang serta diiringi oleh pembawa bunga manggar dan barangan hantaran, berlatar belakangkan alunan musik gamelan. Pasangan mempelai kemudiannya disandingkan di atas pelamin yang telah dihias indah. Acara bersanding ini diteruskan dengan acara berenjis di mana para tetamu turut dijemput untuk merenjis kedua-dua mempelai. Selesai acara merenjis tibalah acara makan beradab bersama TYT Dato' Zainol Abidin Omar dan isteri, Datin Rusamelia Rusland. Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara memotong pulut kuning serta sesi fotografi bersama pasangan pengantin baru ini. Majlis ini ternyata sangat meriah dan sedikit sebanyak dapat memperkenalkan kepada bangsa asing tentang budaya serta adat masyarakat Melayu yang nyata "tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas".
PERWAKILAN Moscow sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Pn. Sarifa Samsuddin dan suami dan semoga majlis istimewa ini akan kekal menjadi kenangan indah buat anda berdua.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Maklum Balas & Pertanyaan
Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.


























