Friday, December 25, 2009

Kuih Lapis

Demo masakan oleh Pn. Azah Salwa Suhod


Bahan-bahan:

110 gm tepung beras
110 gm tepung gandum
130 gm gula pasir
20 gm tepung ubi
750 ml santan (kalau guna serbuk guna 2 peket)
1 butir telur
secubit garam
pewarna merah


Cara membuat:

1. Semua bahan (kecuali pewarna merah) digaul atau blend hingga hancur.

2. Tapis adunan supaya tidak bergentel dan adunan halus.

3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian dimasukkan pewarna merah dan satu bahagian lagi dibiarkan tanpa warna.

4. Panaskan kukusan. Lapik loyang dengan plastik (sekiranya mengunakan loyang 'non-stick' tidak perlu dilapik)

5. Kukuskan lapisan pertama warna putih selama 5 minit selepas itu barulah lapisan merah pula.
6. Ulang bahagian 5 sehingga adunan habis. Setiap lapisan dikukus selama 5 minit. Lapisan terakhir dikukus selama 25 minit supaya adunan betul-betul masak.

Mesyuarat Kali ke 10, Bacaan Yaasin, Demo Masakan & Jamuan Perpisahan



Penyerahan cenderahati kepada Pn. Azahsalwa


Mesyuarat ke-10 yang merupakan mesyuarat terakhir bagi tahun 2009 telah diadakan pada 24 Disember 2009. Mesyuarat kali ini bertemakan warna Merah - "1 Malaysia". Sepertimana rutin, mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Yaasin beramai-ramai.

Perhimpunan kali ini juga turut meraikan perpisahan bagi Pn. Azah Salwa Suhod yang akan kembali mengikut suaminya meneruskan tugas di Malaysia. Seterusnya Pn. Azah juga telah menunjukkan demo masakan kuih lapis kepada semua ahli perwakilan pada hari tersebut.


Pihak perwakilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Azah Salwa atas segala sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan kepada perwakilan selama beliau berada di bumi Moscow ini.

Tuesday, December 22, 2009

Year End Gathering 2009



Pada 18 Disember 2009 telah berlangsung Majlis "Year End Gathering" di KBM Moscow. Majlis yang diadakan bagi meraikan seluruh warga kerja kedutaan ini telah berlangsung dengan meriahnya dengan sokongan seluruh warga kerjanya termasuk local staff.

Majlis telah dimeriahkan oleh pelbagai persembahan yang disertai oleh para pekerja, anak-anak dan tidak ketinggalan juga dari ahli-ahli perwakilan.

Tuesday, December 1, 2009

IWC Winter Bazaar

Sebahagian ahli perwakilan bersama Y.Bhg. Datin Saripah



Setiap tahun menjelangnya perayaan Krismas, pihak Moscow International Women's Club (IWC) akan menganjurkan satu aktiviti yang dikenali sebagai IWC Winter Bazaar. Aktiviti ini merupakan sebahagian usaha pihak yang berkenaan dalam mengumpul dana bagi menampung pelbagai projek amal. Pada tahun ini, aktiviti tersebut telah berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 28 November 2009 (Sabtu)
Lokasi: Radisson Slavyanskaya Hotel

Pihak Perwakilan Moscow turut menyertai aktiviti yang dianjurkan ini sebagai tanda sokongan atas usaha murni ini. Pelbagai barangan kraf dan juga juadah dari Malaysia telah dipamer dan dijual pada hari tersebut dan sebahagian hasil jualan turut diserahkan sebagai sumbangan amal daripada pihak perwakilan.

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.