Tuesday, May 25, 2010

Demonstrasi Kick Boxing


Dr. Marc Pellaud

Aktiviti memanaskan badan beramai-ramai


Khusyuk mendengar tunjuk ajar daripada Dr. Marc

Teknik dan sasaran harus betul..

Bergambar beramai-ramai bersama Dr. Marc Pellaud

25 Mei 2010 - Satu demonstrasi kick boxing telah diadakan khusus bagi ahli-ahli perwakilan bertempat di Bilik Jamuan Rasmi Residen, Kedutaan Besar Malaysia,Moscow. Demonstrasi kick boxing ini telah ditunjukkan oleh Dr. Marc Pellaud, seorang pengajar kick boxing bertauliah yang juga merupakan menantu kepada YBhg. Datin Saripah.
Sebelum demo bermula, semua ahli perwakilan telah turut serta mengadakan aktiviti senaman ringan di luar kawasan residen sebagai sessi 'warming up'. Seterusnya Dr.Marc meneruskan acara dengan menunjukkan aktiviti-aktiviti regangan serta gerakan-gerakan asas kick boxing.

Aktiviti ini sangat mengujakan memandangkan majoriti ahli belum pernah terdedah kepada sukan kick boxing ini. Sukan ini ternyata bukan saja dapat menyihatkan badan tetapi mendidik cara mempertahankan diri yang betul. Justeru itu aktiviti pada hari ini telah membantu para ahli mengetahui serba sedikit tentang asas pergerakan dalam kick boxing dan secara tidak langsung dapat beriadah bagi mengembalikan kecergasan badan.

Pihak Perwakilan Moscow mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Marc Pellaud atas perkongsian ilmu serta tunjuk ajar beliau berkenaan sukan kick boxing ini.

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.