Saturday, October 3, 2015

Kelahiran ke-3 2015!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Nampaknya post pertama bulan Oktober ini membawa satu lagi berita kelahiran baby Moscow yang ke-3 untuk tahun ini!

Ahli Perwakilan Moscow, Pn. Ida Farida telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.65kg pada jam 4.40 petang (local time) Jumaat 2 Oktober 2015 di Perinatal Medical Centre, Moscow.

TAHNIAH IDA & SUAMI!!

Monday, September 21, 2015

Mesyuarat Perwakilan Bil.3 2015/2016 & Farewell Pn. Fauzana

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mesyuarat kali ke-3 bagi sesi ini telah diadakan pada Jumaat 11 September 2015 di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia, Moscow.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Mdm. Patricia

Selesai bermesyuarat, kami meraikan Pn. Fauzana Abdul Muhi dalam suatu Majlis Perpisahan yang sederhana sempena tamatnya perkhidmatan beliau sebagai Setiausaha Pertama (pendidikan) selama 3 tahun di Moscow.

Ucapan ringkas oleh Pn. Fauzana.


Pn. Fauzana dijangka akan berangkat pulang ke Malaysia dalam masa 2 minggu dari tarikh majlis ini diadakan.


Makanan telah disediakan secara potluck oleh para ahli yang hadir. Terima kasih atas kerjasama semua.



Perwakilan Moscow dengan ini merakamkan Salam Perpisahan kepada Pn. Fauzana dan kami mendoakan yang terbaik untuk diri beliau dan keluarga.

Forget us not, Nana.
Till we meet again.

Sekian.

Thursday, August 20, 2015

Baby ke-2 2015!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah. Tengahari ini Khamis 20 Ogos 2015, bersamaan 5 Zulkaedah 1436H, seorang lagi ahli Perwakilan Moscow iaitu Pn. Mahdalela Rahim telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.72kg pada jam 12.39 tengahari (local time) di Perinatal Medical Centre, Moscow.

TAHNIAH LELA & MEJAR SYAHRIR!!

Wednesday, August 12, 2015

Kepulangan TYT Duta Besar Sekeluarga Ke Tanahair

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada Ahad 5 Julai 2015 yang lalu, TYT Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia, Dato’ Zainol Abidin Omar dan isteri, YBhg. Datin Rusamelia Rusland, serta anak-anak telah selamat berangkat pulang ke tanahair dari Domodedovo Airport.

Sebahagian besar warga Kedutaan Besar Malaysia yang mengiringi
ke lapangan terbang.

Perwakilan Moscow mengucapkan SELAMAT BERSARA dan mendoakan kesejahteraan Dato’ dan Datin sekeluarga di Malaysia.

 

Sehingga kita bertemu lagi..
Sekian.

Wednesday, June 17, 2015

1 Ramadhan 1436H


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Selamat menyambut bulan yang penuh rahmat dan barokah.
Selamat menjalani ibadah puasa.

Kepada sekalian ahli Perwakilan Moscow dan rakan-rakan di serata dunia.

InsyaAllah kami di Moscow juga akan mula berpuasa pada Khamis 18 Jun 2015.

Semoga Allah menerima puasa kita dan ibadah yang lain sepanjang Ramadhan ini.
Aamiiin

Majlis Perpisahan Datin Rusamelia Rusland

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Setelah hampir 5 tahun menemani suami, TYT Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia, Dato' Zainol Abidin Omar, dan menggalas jawatan Pengerusi Perwakilan Moscow (selama 5 sesi), tibalah masa untuk kami mengucapkan selamat tinggal kepada yang kami kasihi, YBhg. Datin Rusamelia Rusland, yang akan pulang ke tanahair pada minggu pertama Julai ini.





Majlis Perpisahan khas telah diadakan pada Sabtu 13 Jun 2015 di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia, Moscow, dengan bertemakan "Arabic @ Arabian Nights" atas permintaan Datin.

Yang diraikan, YBhg. Datin Rusamelia.
 

Aturcara majlis telah dikendalikan dengan jayanya oleh Pn. Fauzana dan ianya dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Pn. Mahdalela.

Bacaan Doa Selamat oleh Pn. Mahdalela.

Seterusnya majlis telah menjemput Madam Patricia, selaku Naib Pengerusi Perwakilan Moscow untuk menyampaikan ucapan beliau dan diikuti pula ucapan yang menyentuh perasaan dari YBhg. Datin Rusamelia.

Madam Patricia memberikan ucapan.

Datin Amy menyampaikan amanat terakhir beliau.

Cenderahati @ hadiah kenangan dari Perwakilan Moscow disampaikan oleh
Madam Patricia kepada YBhg. Datin.




Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang hadir kerana sudi menyediakan juadah pada petang itu dan juga kerana bersusah-payah menghias ruang dewan mengikut tema.

Akhir kata, salam perpisahan daripada kami semua ahli Perwakilan Moscow dan kami doakan yang terbaik untuk YBhg. Datin sekeluarga.

Sekian.

Mesyuarat Perwakilan Bil.2 2015/2016 & Farewell Pn. Azlia Nadia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Perwakilan Moscow telah mengadakan mesyuarat kedua bagi sesi ini pada Jumaat 12 Jun 2015 di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia, Moscow. Antara agenda perbincangan adalah persiapan untuk menyambut bulan puasa yang akan bermula pada 18 Jun 2015.


Selesai mesyuarat, turut diadakan Majlis Perpisahan untuk Pn. Azlia Nadia, isteri kepada En. Hafiz Shariff, Assistant Trade Commissioner MATRADE, yang mendapat cross-posting ke Johannesburg, Afrika Selatan, dalam tempoh 2 minggu ini.

Yang diraikan.

Tema majlis ini adalah "All About That Blings" atas pilihan Pn. Nadia sendiri.


Makanan telah disedian secara potluck oleh para ahli yang hadir. Terima kasih atas kerjasama semua.


Perwakilan Moscow dengan ini merakamkan Salam Perpisahan kepada Pn. Nadia. Kami doakan yang terbaik bagi Puan sekeluarga di tempat baru. Semoga hubungan persahabatan berpanjangan.

Keep In Touch & Take Care, Nadia.
You'll Be Missed.

Sekian.

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.