Wednesday, August 25, 2010

Majlis Berbuka Puasa & Tarawikh


Kunjungan bulan Ramadhan yang mulia disambut penuh kesyukuran oleh seluruh warga Kedutaan Malaysia di Moscow ini. Justeru itu, majlis berbuka puasa dan bertarawikh beramai-ramai telah diadakan pada setiap hari Sabtu sepanjang bulan Ramadhan bagi meraikan bulan yang penuh keberkatan ini. Hidangan juadah berbuka pula disediakan oleh seluruh ahli perwakilan secara potluck.

Kerjasama erat sesama ahli PERWAKILAN serta seluruh warga kerja kedutaan dalam menyempurnakan tugasan serta memberi sumbangan ikhlas dalam menjayakan majlis ini amat dihargai. Selain itu, semangat anak-anak yang turut gigih menyempurnakan ibadah puasa juga amat dibanggakan. Golongan kanak-kanak ini amat tabah melaksanakan tanggungjawab tersebut walau pun dalam jangka masa yang agak panjang tahun ini, iaitu hampir mencecah 17 jam, disertai cuaca yang panas dan kering akibat heatwave yang melanda.
Diharapkan dengan keberkatan bulan yang mulia ini persefahaman serta ukhuwah yang terjalin terus utuh serta kehidupan seluruh warga Malaysia di bumi Moscow ini diberkati dan dipermudahkan.

Sunday, August 8, 2010

Majlis Ramah Mesra Bersama Y.Bhg. Datin Sri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad




6 Ogos 2010 - Satu majlis ramah mesra bersama YBhg. Datin Sri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri kepada YB Dato' Sri Anifah Hj. Aman, Menteri Luar Malaysia telah berlangsung di Kedutaan Besar Malaysia, Moscow. Majlis yang dihadiri sebahagian besar ahli-ahli PERWAKILAN Moscow ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama serta komitmen seluruh ahlinya.

Ketibaan YBhg. Datin Sri di Kedutaan Besar Malaysia Moscow telah disambut meriah oleh para ahli PERWAKILAN Moscow, diketuai oleh YBhg. Datin Saripah Mohd Jaafar. Majlis telah dimulai dengan bacaan doa oleh Pn. Laili Rahmi Abdul Wahab Zen dan disusuli oleh ucapan aluan oleh YBhg. Datin Saripah.

Seterusnya YBhg. Datin Sri Siti Rubiah telah menyampaikan ucaptama kepada para Ahli PERWAKILAN Moscow, antaranya menekankan peranan para ahli dalam memberikan didikan kepada generasi muda khususnya anak-anak dan para pelajar berkenaan budaya serta nilai hidup positif masyarakat kita. Hal ini menurut beliau sangat penting kerana sebahagian generasi muda yang berada di luar negara mudah terpengaruh dengan cara hidup masyarakat asing, serta cenderung membawa pulang corak hidup asing yang nyata tidak bersesuaian dengan nilai budaya masyarakat Malaysia. Beliau turut menekankan peri pentingnya para ahli untuk mempelajari serta mendapatkan sebanyak mungkin ilmu yang bermanfaat sepanjang berada di perantauan, yang mana ilmu yang berguna ini pastinya akan dapat digunakan secara positif di tanah air kelak.

YBhg. Datin Saripah kemudiannya telah menyampaikan cenderahati berupa sebuah buku kompilasi resepi ahli-ahli PERWAKILAN Moscow kepada YBhg. Datin Sri Siti Rubiah, dan majlis diteruskan dengan acara memotong pulut kuning oleh kedua-keduanya. Majlis seterusnya dihiburkan dengan persembahan dua buah lagu nyanyian para ahli PERWAKILAN. Seterusnya majlis diserikan dengan acara poco-poco yang turut disertai oleh Y.Bhg. Datin Sri Siti Rubiah.

Majlis ramah mesra ini diakhiri dengan sesi fotografi ahli-ahli PERWAKILAN Moscow bersama Penaung PERWAKILAN, Y.Bhg. Datin Sri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad dengan seribu kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Thursday, July 8, 2010

Majlis Jamuan Perpisahan YBhg. Datin Saripah Mohd Jaafar & Pn. Aminah Md. Yassin



6 Julai 2010 - PERWAKILAN Moscow telah menganjurkan satu jamuan perpisahan bagi meraikan dua ahlinya yang akan kembali ke tanah air iaitu YBhg. Datin Saripah Mohd Jaafar dan juga Pn. Aminah Md. Yassin. Majlis yang bertemakan 'Merah Jambu' ini telah dimulakan dengan acara bacaan doa selamat oleh Pn. Siti Azanah serta diteruskan dengan ucapan Pn. Nor Asimah Petah selaku Naib Pengerusi PERWAKILAN. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Pn. Aminah serta YBhg. Datin Saripah. Dalam ucapan YBhg Datin, beliau menekankan kepada ahli-ahli perwakilan mengenai kepentingan peranan menjaga keluarga serta memelihara hubungan baik sesama ahli walau di mana pun berada, serta turut memelihara kelembutan tingkah laku dan budi pekerti sebagai satu warisan budaya yang sangat berharga.

Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan 'slide show' mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perkhidmatan YBhg. Datin selaku Pengerusi Perwakilan Moscow semenjak tahun 2005.
Menu hidangan yang menjadi sajian para ahli Perwakilan pada hari tersebut bertemakan 'Makanan Barat' antaranya pizza, roti bun, sup cendawan, ayam dan daging panggang, spagetti serta salad, karamel dan tart sebagai pencuci mulut.
Sejurus selesai majlis tersebut ahli-ahli Perwakilan memenuhi agenda seterusnya iaitu aktiviti melawat sekitar Lenin Hill dan Red Square dengan menaiki Hummer Limousine yang nyata merupakan satu pengalaman baru bagi ahli-ahli Perwakilan.

Friday, June 25, 2010

Wawancara bersama Pengerusi PERWAKILAN Moscow

Berikut adalah petikan wawancara bersama YBhg. Datin Saripah Mohd Jaafar, Pengerusi PERWAKILAN Moscow, bagi majalah DOMOVOY Lifestyle Monthly terbitan Jun 2010 :



Wednesday, June 23, 2010

Majlis perpisahan YBhg. Datin Saripah anjuran APWG & Lawatan ke Galeri Seni Mr. Gregory Pototsky






22 Jun 2010 - Satu majlis perpisahan anjuran APWG telah diadakan di Bangunan Kedutaan Singapura bagi meraikan YBhg. Datin Saripah Mohd Jaafar yang akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi. Di majlis ini YBhg. Datin telah memberikan ucapan penghargaannya kepada seluruh warga kerja APWG yang telah berusaha bersunguh-sungguh menjayakan agenda serta aktiviti yang banyak mendatangkan faedah kepada ahli komuniti di Russia ini.
Selesai sahaja acara di majlis anjuran APWG ini kami telah mendapat undangan istimewa daripada Mr. Gregory Pototsky, seorang penggiat seni Russia untuk melawat galeri seninya. Undangan yang tidak disangka itu tidak kami lepaskan dan kami berasa sangat bertuah dapat mengenali beliau dan isteri, Olga Bare serta melihat dengan dekat segala hasil seninya.



Mr. Gregory juga telah turut bermurah hati melukis potret YBhg. Datin Saripah serta menghadiahkannya buat kenangan.



Biodata Mr. Gregory Pototsky dapat dilihat disini http://www.pototsky.ru/html-eng/eng-biography.html

Saturday, June 19, 2010

Lawatan ke Museum of "Mosfilm Cinema Concern"









17 June 2010 - Satu lawatan ke Mosfilm Cinema Concern Museum yang telah diketuai oleh Y. Bhg. Datin Saripah Jaafar, telah dianjurkan bagi memberi peluang kepada para ahli PERWAKILAN Moscow untuk melihat serta mengenali dunia perfileman Rusia. Lawatan ini turut disertai oleh Ms. Irina Alexandrovna Belova, Jurubahasa (Interpreter) daripada Kedutaan Besar Malaysia. Lawatan seumpama ini pernah dianjurkan oleh PERWAKILAN pada tahun 2006 dan mendapat sambutan dan sokongan dari semua ahli.

Pelbagai koleksi unik barangan yang terlibat dalam pengambaran filem terkenal Rusia telah dikumpulkan di sini antaranya kostum, peralatan teknikal, poster, award, senjata, dan tidak ketinggalan koleksi motokar-motokar retro yang berusia antara 50-100 tahun. Di kawasan ini juga terdapat pelbagai model bangunan serta props/set lokasi dengan pemandangan yang pelbagai, sesuai bagi penggambaran sesuatu filem mengikut elemen serta babak penceritaan tertentu. Lawatan kami ini mengambil masa selama 1 1/2 jam dengan diiringi oleh seorang jurupandu (tour guide) yang boleh berbahasa Inggeris iaitu Ms. Sophia.

Tempat ini dibuka bagi kunjungan orang ramai pada setiap hari Isnin - Jumaat (10.00 pagi -5.30 petang) dengan bayaran 85 ruble bagi kanak-kanak/pelajar/pesara, dan 140 ruble bagi orang dewasa.

Berikut adalah informasi tentang Mosfilm yang dipetik daripada Wikipedia Encyclopedia:

Mosfilm is a film studio which is often described as the largest and oldest in Russia and in Europe. Its output includes most of the more widely aclaimed Soviet films, ranging from works by Tarkovsky and Eisenstein (commonly considered the greatest Soviet directors), to 'Red Westerns', to the 'Akira Kurosawa' co-production, and the epic 'War and Peace'.

Petikan berkenaan Museum daripada website Mosfilm - http://www.mosfilm.ru/

There is a collection of elements of different settings in several rooms of the Mosfilm Cinema Concern Museum. There are settings of old Kopenhagen from the film 'Andersen'; 'Life without Love' by Eldar Ryazanov; the moulage of the whole carcase of the huge bull into whose cleaved belly doctors put the poisoned Cesare Borgia in the film 'Poisons', or 'Poisoning World History' by K.Shakhnazarov; ancient carriers -a mail coacl and a tsar carriage - and many other exhibits there.

We are especially proud of the collection of retro vehicles.The Peugeot paeton car made in 1908, the cabriolet Rolls-Royce (1912), Russo-Balt (1905) - each of them feels at home in the 21st century, everyone is restored,on the go and in spite of its venerable age looks as if it were a spanking new car. Some models are one-of-a-kind in Russia. Every exhibit has its own unusual story: Cinemagoers saw the famous Volga in the films 'Watch out for Automobile' and 'The Diamond Arm', the Mercedes-Benz (1938) was used by Shtirlits in 'Seventeen Moments of a Spring', and Buick-8 (1941) belonged to the emperor of Manchuria Henry P'u Yi some time. The Packard (1937) was used as an executive -class car for Soviet establishment for many years; Voroshilov and the legendary pilot Chkalov used also Packard cars. Here one can also see famous Soviet govenment motor-cars ZIL-101 (1936) and ZIS-110 (1945_, trucks,buses and military equipment made during WWI and WWII.

The costume collection is of the utmost interest in the presented expositions visitors will see the dress of Helene from the film 'War and Peace' by S.Bondarchuk, the conventual dress of Andrey Rublyov from A.Tarkovsky's film of the same name, splendid costumes from the film 'The Tale of Tsar Saltan' by A.Ptushko, the tsar costume from the film 'Ivan Vassilyevich Changes His Profession' by L.Gayday and many other costumes.

The museum exposition changes regularly because many exhibits are used for shootings as before, so when some things quit the museum for shootings, other things from the richest Mosfilm collection take their place.

Wednesday, June 16, 2010

Perjumpaan Ahli PERWAKILAN ke 4/2010

Perjumpaan ahli PERWAKILAN bagi kali ke-4 tahun 2010 telah berlangsung pada 15 Jun 2010 setelah selesai mesyuarat PERWAKILAN kali ke-2 sessi 2010/2011. Aktiviti pada kali ini adalah dengan tema pakaian "Smart Casual with Wig" di bawah anjuran ahli-ahli Kumpulan D yang terdiri daripada :
i) Pn. Nor Asimah Petah
ii) Pn. Nor Azlin Mohd Shahar
iii) Pn. Maznah Ahmad
iv) Pn. Harjit Darbara Kaur

Antara aktiviti yang telah diadakan bagi mengisi acara pada hari tersebut adalah:

a) Peragaan Pakaian Tema
b) Permainan mencari barang di dalam beg tangan
c) Permainan Musical Statue

Majlis berlangsung dalam suasana riang dengan semangat kerjasama yang jitu sesama ahli Perwakilan. Berikut merupakan pemenang-pemenang bagi aktiviti yang dijalankan:

- Kategori Peragaan Pakaian Tema - Pn. Nabesa & Pn. Siti Arfah
- Permainan mencari barang - Pn. Laili Rahmi
- Permainan musical statue - Pn. Harjit

Para pemenang bagi setiap acara kemudiannya menerima cenderahati daripada YBhg. Datin Pengerusi hasil sumbangan daripada PERWAKILAN.

Majlis turut diserikan dengan program poco-poco di akhir acara di mana para ahli PERWAKILAN berpeluang mempelajari gerakan baru poco-poco hasil tunjuk ajar daripada YBhg. Datin Saripah Jaafar dengan dibantu oleh Pn. Siti Arfah Ghani. Para ahli PERWAKILAN kemudiannya disajikan dengan hidangan istimewa 'Pantai Timur' hasil tangan ahli-ahli Kumpulan D yang sangat lazat antaranya ialah nasi kerabu dan juga nasi dagang serta capati.

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.