Assalamualaikum
& Salam Sejahtera.
Mesyuarat
Agung Tahunan (AGM) Perwakilan Moscow bagi Sesi 2015/2016 telah pun diadakan
pada hari Khamis 12 Februari 2015 yang lalu, di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar
Malaysia, Moscow. Mesyuarat
ini telah dirasmikan oleh TYT Duta Besar Malaysia
ke Persekutuan Rusia, Dato' Zainol Abidin bin Omar, yang juga merupakan Penaung
Perwakilan Moscow.
Upacara perasmian telah diserikan dengan acara
memotong pulut ‘hijau’ bersempena dengan tema pada kali ini iaitu pakaian
kebangsaan berwarna hijau.
TAHNIAH diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) yang baru
dilantik bagi sesi 2015/2016 dan TERIMA KASIH kepada AJK sesi 2014/2015 atas
khidmat yang telah diberikan sepanjang sesi yang lalu. Semoga AJK yang baru
dapat meneruskan kesinambungan dan memberikan kerjasama sebaik mungkin.
Seperti biasa, Mesyuarat Agung ini diakhiri
dengan upacara pertukaran hadiah di antara ahli-ahli Perwakilan dan ini telah
disempurnakan oleh Pengerusi Perwakilan Moscow, YBhg. Datin Rusamelia Rusland.
Akhir kata, semoga tahun 2015 akan
mendatangkan lebih manfaat dan keceriaan kepada Perwakilan Moscow.
Sekian.
No comments:
Post a Comment