Thursday, February 18, 2010

Perjumpaan Ahli Perwakilan 1/2010 & Majlis Bacaan Yaasin



Satu perjumpaan ringkas bertemakan "Batik Sarung" telah dianjurkan pada 17 Februari 2010 bagi merapatkan hubungan sesama ahli-ahli perwakilan. Perhimpunan kali ini lebih santai dan di serikan dengan menu ala kampung, antaranya gulai ikan masin, ikan bakar, sambal belacan, serta kuih muih tradisi yang telah disediakan oleh para ahli perwakilan .

Pada sesi perjumpaan ini ahli-ahli berpeluang berdiskusi secara ringkas bersama Y. Bhg. Datin Pengerusi berkenaan etika di meja makan, serta kaedah-kaedah yang betul dan bersesuaian bagi penyediaan meja hidangan.

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.