Friday, November 13, 2009

Homemade Fried Chicken

Demo masakan oleh Pn.Suriyanti Safian


Bahan-bahan:

Tepung gandum - 1/2 kilo
Serbuk kari ayam - 1/2 cawan
Serbuk cili - 3 sudu teh
Serbuk lada sulah - 3 sudu teh
Serbuk penaik - 2 sudu teh
Garam secukup rasa
Gula - sedikit


Cara-cara:

Gaul sebati kesemua bahan-bahan di atas.

1. Mula-mula masukkan beberapa ketul ayam (4-6 ketul) ke dalam tepung.

2. Selepas itu, gaulkan ayam sebanyak 10 kali secara melintang dan menegak.

3. Ambil 2 ketul ayam dan pegang kiri kanan dan ketuk sedikit supaya tepung rata dan yang berlebihan jatuh.

4. Masukkan ayam tadi ke dalam bekas penapis dan ulang langkah 3 sehingga semua ayam dalam tepung tadi habis.

5. Setelah itu pegang penapis dan masukkan ke dalam air sejuk perlahan-lahan dan rendam selama 10 saat.

6. Kemudian tos dan angkat penapis perlahan-lahan supaya tepung tidak lekang.

7. Masukkan semula ke dalam tepung tadi.

8. Gaul dan ramas ayam-ayam tadi 10 kali secara melintang dan menegak (ini merupakan proses penentuan bagi ayam nampak crispy)

9. Kemudian bolehlah diulang langkah 3 dan masukkan ke dalam minyak yang panas (180'C)


Tips penyediaan ayam supaya menjadi crispy:

- sediakan bekas tepung besar untuk menggaul ayam supaya senang menggaul
- sediakan air sejuk bersama penapis untuk rendaman ayam
- goreng menggunakan deep fryer (sekiranya tiada boleh guna periuk dengan minyak yang banyak)

Monday, November 9, 2009

Sambutan Aidilfitri di Moscow

Takbir Raya dimulakan sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri

Acara memotong kek oleh Y.Bhg. Dato' Khalis dan isteri

Ahli keluarga Kedutaan Besar Malaysia di Moscow.

Meriah! Begitulah gambaran suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kedutaan Besar Malaysia di Persekutuan Russia, Moscow. Walaupun jauh dari sanak saudara di tanah air, rata-rata warganegara Malaysia di bumi Moscow ini turut dapat meraikan hari mulia dengan penuh kegembiraan dan harmoni di samping rakan taulan dan juga ahli keluarga kedutaan. Sambutan pada tahun ini di mulakan dengan solat sunat hari raya pada paginya di dewan serbaguna kedutaan diikuti jamuan ringan selesai solat sunat, seterusnya di sebelah petang diadakan acara Rumah Terbuka Kedutaan anjuran Y.Bhg. Dato' Mohamad Khalis dan Y.Bhg. Datin Saripah Khalis.



Di anggarkan lebih daripada 600 tetamu yang hadir pada hari tersebut. Tetamu turut disajikan dengan pelbagai juadah tradisional Melayu, antaranya nasi minyak, rendang, nasi impit, kuah kacang dan pelbagai kuih muih yang menyelerakan.

Jawatankuasa PERWAKILAN Moscow Sesi 2008/2009


Pengerusi
Y.Bhg. Datin Saripah Mohd Jaafar

Naib Pengerusi
Puan Nor Asimah Petah

Setiausaha Kehormat
Puan Harjit Kaur

Pen. Setiausaha Kehormat 1
Puan Suriyanti Safian

Pen. Setiausaha Kehormat 2
Puan Siti Arfah Abd Ghani

Bendahari Kehormat
Puan Azah Salwah Suhud

AJK Sosial & Kebajikan
Puan Fatimah Julia Romeli

AJK Hartabenda
Puan Nabesa Yusoff

Editor Buletin
Puan Siti Arfah Abd Ghani

Ahli-ahli
Puan Jamaliah Sarkom
Puan Nurul Istilah Ibrahim
Puan Siti Azanah Hj. Mohd Diah
Puan Maznah Ahmad
Puan Laili Rahmi Abdul Wahab Zen
Puan Aminah Md. Yasin
Cik Azizah Miskam
Puan Nor Azlin Mohd Shahar
Cik Azizah Aziz
Cik Sarifa Shamsuddin
Puan Nor Terti Sulaiman
Puan Syarifah Ilham Syed Ahmad

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.