Wednesday, June 1, 2011

Asia Pacific Women's Group Charity Bazaar 2011



Asia Pacific Women's Group (APWG) Moscow, Charity Bazaar 2011 telah diadakan pada 28 May 2011 bertempat di Hotel Radisson Slavynskaya, Moscow. Perwakilan Moscow tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti tahunan anjuran APWG ini. Pelbagai jenis makanan Malaysia dan kraftangan tradisional Malaysia yang telah disediakan khas oleh ahli-ahli Perwakilan Moscow bagi menjayakan aktiviti ini. Bagi menyokong tujuan utama penganjuran Bazar ini, sebahagian hasil jualan disumbangkan kepada aktiviti-aktiviti kebajikan di sekitar Moscow. Pada tahun ini, selain dari terlibat dengan jualan di gerai-gerai, Perwakilan Moscow telah berkesempatan untuk memperkenalkan tarian dan pakaian tradisi Malaysia kepada semua pengunjung yang hadir melalui persembahan tarian dan pertunjukan fesyen yang dijayakan oleh kumpulan tarian yang terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia.


Tahniah! diucapkan kepada semua ahli Perwakilan Moscow yang telah bersama-sama menjayakan APWG Charity Bazaar 2011.


"Individual commitment to a group effort - that is what makes a teamwork, a company work, a society work and a civilization work" - Vince Lombardi



Gerai Perwakilan Moscow




Persembahan Tarian Tradisional dan Pertunjukan Fesyen







Saturday, March 12, 2011

Majis Ramah Mesra Bersama YABhg Tun Dr Siti Hasmah Hj. Mohd Ali




Majlis ramah mesra ahli Perwakilan Moscow bersama YABhg Tun Dr Siti Hasmah bt Hj. Mohd Ali telah diadakan pada 11 Mac 2011 di Kedutaan Besar Malaysia, Moscow. Perwakilan Moscow amat berbesar hati dengan kesudian YABhg Tun Dr Siti Hasmah untuk meluangkan masa bertemu dengan semua ahli Perwakilan Moscow. Majlis ramah mesra telah dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan daripada ahli Perwakilan Moscow.

















Saturday, February 26, 2011

Mesyuarat Agung Perwakilan Moscow Sessi 2010/2011

Mesyuarat Agung Perwakilan Moscow bagi sessi 2010/2011 telah diadakan pada 25 Februari 2011 di Kedutaan Besar Malaysia, Moscow. Mesyuarat telah dirasmikan oleh TYT Dato' Zainol Abidin Omar, Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia.












Friday, January 21, 2011

Majlis Perkahwinan Melayu

Ahli PERWAKILAN bersama pengantin baru

Acara Bersanding

Acara Berenjis

Makan Beradab

Memotong Pulut Kuning




18 Januari 2011 - Satu majlis meraikan perkahwinan salah seorang ahli PERWAKILAN iaitu Pn. Sarifa Samsuddin dan pasangannya En. Abd Ghaffar Mat Yaasin telah berlangsung dengan meriahnya di bangunan Kedutaan Besar Malaysia Moscow. Majlis anjuran Tourism Malaysia yang turut dibantu dan disokong sepenuhnya oleh seluruh warga kedutaan dan ahli-ahli PERWAKILAN ini turut menyaksikan kehadiran wakil media Russia yang ingin menyaksikan majlis perkahwinan mengikut adat Melayu dengan lebih dekat. Justeru itu persediaan rapi telah dibuat bagi merealisasikan matlamat tersebut. Ahli-ahli PERWAKILAN turut membantu dalam penyediaan makanan, gubahan hantaran dan penyediaan bunga telur.

Di majlis yang gilang gemilang ini pasangan telah diarak masuk ke dewan dengan paluan kompang serta diiringi oleh pembawa bunga manggar dan barangan hantaran, berlatar belakangkan alunan musik gamelan. Pasangan mempelai kemudiannya disandingkan di atas pelamin yang telah dihias indah. Acara bersanding ini diteruskan dengan acara berenjis di mana para tetamu turut dijemput untuk merenjis kedua-dua mempelai. Selesai acara merenjis tibalah acara makan beradab bersama TYT Dato' Zainol Abidin Omar dan isteri, Datin Rusamelia Rusland. Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara memotong pulut kuning serta sesi fotografi bersama pasangan pengantin baru ini. Majlis ini ternyata sangat meriah dan sedikit sebanyak dapat memperkenalkan kepada bangsa asing tentang budaya serta adat masyarakat Melayu yang nyata "tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas".

PERWAKILAN Moscow sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Pn. Sarifa Samsuddin dan suami dan semoga majlis istimewa ini akan kekal menjadi kenangan indah buat anda berdua.

Mesyuarat PERWAKILAN ke 4 Sesi 2010/2011 & Jamuan Perpisahan Pn. Suriyanti Safian




17 Januari 2011 - Mesyuarat dan perjumpaan ahli kali pertama bagi tahun 2011 yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Datin Rusamelia Rusland telah berlangsung seperti biasa dengan dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin serta doa selamat, diketuai oleh Pn. Siti Azanah Mohd Diah. Selesai majlis bacaan yaasin serta mesyuarat PERWAKILAN, acara diteruskan dengan majlis jamuan perpisahan untuk Pn. Suriyanti Safian yang akan kembali menyambung tugasan di Malaysia setelah lebih 3 tahun berkhidmat di bumi Moscow ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn. Suriyanti di atas segala sumbangan dan tenaga yang telah dicurahkan sepanjang beliau berada di sini, terutama selaku Penolong Setiausaha PERWAKILAN bagi sesi 2010/2011. Diharapkan ikatan persahabatan dan persaudaraan yang sedia terjalin akan terus berpanjangan. Selamat Maju Jaya juga diucapkan kepada Pn. Suriyanti.

Di majlis ini juga turut berlangsung acara pertukaran hadiah sesama ahli, di mana setiap ahli dikehendaki menyediakan sebarang hadiah (dengan harga yang dipersetujui bersama) untuk ditukar sesama ahli dengan kaedah cabutan undi. Aktiviti yang telah dimulakan sejak tahun lepas ini nyata mendapat sambutan ahli-ahli, dimana semuanya dapat berkongsi kegembiraan dan keseronokan dan memupuk semangat ikhlas dalam memberi serta menerima sesuatu pemberian..

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.