Friday, December 14, 2012

Demonstrasi Membuat Roti



Kami sungguh berterima kasih kepada Puan Arfah kerana telah sudi mengadakan kelas / demo membuat roti.  Dua jenis roti telah dipilih iaitu roti kentang (potato bread) dan juga roti sosej.

Langkah-langkah yang ditunjukkan oleh "cikgu" sungguh bermakna sekali kepada kami ahli PERWAKILAN.

roti yg telah siap diadun menggunakan "breadmaker"
glaze..
piping custard cream..
sebelum dibakar..
180'c....20 hingga 30 minit..
selepas dibakar...
oh, ini adalah potato bread yang tak menjadi akibat tersalah setting breadmaker..

Sekali lagi PERWAKILAN Moscow mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Arfah yang sudi berkongsi ilmu membuat roti dengan kami.  



Wednesday, December 12, 2012

IWC Winter Bazaar 2012



IWC Winter Bazaar 2012 pada tahun ini telah berlaku pada 1hb Disember 2012 bertempat di Radisson Slavanskaya Hotel.  Seawal 7.30 pagi kami telah berada di hotel tersebut untuk membuat persiapan.

Walaupun bazaar hanya akan bermula pada jam 10.30 pagi, tetapi penjualan barang-barang dan juga makanan telah berlaku seawal jam 9.00 pagi lagi.

Antara makanan yang dijual adalah kuih-muih, satay, nasi tomato, nasi lemak, spagethi dan mihun goreng manakala barang kraf yang dijual merupakan kaftan, kain batik, kain pelekat, teh boh, sos cili, kicap dan sebagainya.







Selain Malaysia, banyak lagi negara-negara lain yang turut menyertai Winter Bazaar 2012 ini antaranya Vietnam, Indonesia, Brunei, Turkey, China, Japan, Korea, Czech, Ukraine, Sweden, Italy, Nigeria dan lain-lain.





Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelumnya, jualan adalah sangat laris dan begitu menggalakkan kerana pada masa inilah pelanggan dapat merasa dan menikmati kuih-muih, makanan tradisi serta barangan kraf rakyat Malaysia yang dijual dengan harga yang berpatutan.

Dan diharapkan dengan pendedahan ini juga ia dapat menarik minat mereka untuk melancong ke Malaysia.




Farewell & Welcoming


Tahun 2012 menyaksikan berlaku beberapa pertukaran yang melibatkan ahli PERWAKILAN Moscow.  Kali ini tiba pula giliran Puan Sharifah Ilham yang telah meninggalkan bumi Russia pada 29 September 2012.





Selain itu, baru-baru ini pula telah berlaku pertukaran yang melibatkan seorang lagi ahli PERWAKILAN iaitu Puan Siti Azanah yang akan kembali ke Malaysia dalam masa yang terdekat ini.




Adat berada di perantauan, ada yang kembali ke Malaysia dan ada juga yang datang mengisi kekosongan.  Yang pasti setiap kali perpisahan berlaku, pasti kesedihan yang akan melanda.  Walau apa jua keadaan, kami pasti mendoakan yang terbaik untuk anda dengan harapan pasti kita akan berjumpa lagi dikemudian hari.  Diharapkan juga ikatan silaturrahim yang terjalin akan berpanjangan hingga ke syurga.

Dikesempatan ini kami juga ingin merakamkan ucapan "Selamat Datang" kepada ahli-ahli PERWAKILAN yang baru iaitu Puan Fauzana binti Abdul Muhi dan juga Puan Rohayah.



Friday, September 28, 2012

National Day 2012


Bertempat di Radisson Slavanskaya, Moscow pada 18hb September 2012,  Kedutaan Besar Moscow telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2012.  Majlis bermula dari jam 6.30 petang hingga 8.30 malam.




PERWAKILAN Moscow telah terlibat secara langsung dalam penyediaan kuih muih seperti kuih karipap dan juga popia.  Satay pun disediakan untuk tetamu yang hadir.



Majlis dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional dari penari-penari yang dibawakan khas dari Malaysia untuk menghiburkan para jemputan dan seterusnya memperkenalkan budaya Malaysia kepada mereka.









Friday, September 14, 2012

PERWAKILAN Moscow ke Istanbul


Pada bulan Mei yang lalu, PERWAKILAN Moscow telah mengadakan lawatan ke Istanbul.

10 orang ahli telah turut serta dalam lawatan selama 5 hari tersebut iaitu; Y.Bhg Datin Amy, Pn Noridah, Pn. Siti, Pn. Lin, Pn. Liza, Pn. Arfah, Pn. Baiti, Puan Anipah, Puan Ani dan Pn. Sue.











Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka.  Berehat sekali-sekala bersama kawan-kawan, jauh dari keluarga dan anak-anak serta jauh dari dapur!!! (^_^)



Thursday, September 13, 2012

Farewell Pn Nurul & Pn Laili serta meraikan ahli baru


Jamuan perpisahan untuk dua orang ahli PERWAKILAN dah lama diadakan iaitu pada 10hb Julai 2012 tapi disebabkan kekangan masa tak sempat nak update dan buat entry tentang farewell ni.

10 jari disusun memohon ampun (masih dalam mood Raya)...

Setiap yang datang pasti akan pergi, 
setiap yang bermula pasti akan berakhir,
dan setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.....

Kini tiba pula masanya dua ahli PERWAKILAN Moscow iaitu Puan Nurul Istilah binti Ibrahim dan Puan Laili Rahmi binti Abdul Wahab Zen meninggalkan kami.

Untuk makluman, Puan Nurul telah berpindah kerana mengikuti suaminya ke Cairo.


Manakala Puan Laili pula mengikuti suaminya yang pulang ke Malaysia.


Jamuan ini juga diadakan bagi menyambut ahli PERWAKILAN baru iaitu Puan Ilham Nursyiqim binti Rosli.


Untuk kedua-dua ahli yang telah dan akan meninggalkan kami, kami mendoakan agar kedua-dua mereka dilimpahkan kesejahteraan dan yang pasti jangan lupakan kami disini.  Untuk ahli baru pula, selamat datang kami ucapkan!





Thursday, April 26, 2012

Memborong kristal di Vladimir


Seawal 5 pagi, 21 April 2012 kami bertolak ke Guskrustalny yang terletak di Vladimir. Trip kali ini adalah anjuran bersama Kelab Sosial & Kebajikan Malawakil Moscow dan juga PERWAKILAN Moscow.

 

Perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut mengambil masa 5 jam dan alhamdulillah, memandangkan trafik berjalan lancar pada hari tersebut kami telah sampai ke Guskrustalny pada jam 10 pagi.

Apa yang ada di Guskrustalny ni ya? Actually, tempat ini terdapat kilang kristal dan sudah tentulah harganya lebih murah.  Dan yang pasti, dua tiga kali lebih murah dari kristal yang dijual di Malaysia (or maybe lebih murah lagi dan lagi).  Tapi kami bukan beli di kilang tapi di "rinak" (pasar).

Terdapat berbagai pilihan disini, dari segi bentuk, rupa, color dan sebagainya. Nak chandelier? Nak glass? Nak mangkuk? Nak color biru, merah?? Ermmm, sebut je..semua ada.






Bab harga tak payah nak cakap lah, memang sungguh murah sangat! Sungguh berbaloi orang kata untuk dibeli.  Mana nak dapat chandelier kristal dengan harga yang murah.  Ada yang RUB900 (+-RM90), RUB1200 (+-RM120) dan macam-macam harga lagi ada.  Nak yang mahal? Yang murah? Pilih ajer :D



Puas membeli kristal, perut pun dah lapar so kami pergi "port" biasa; tepi tasik yang masih beku sikit (setiap kali pergi beli kristal kami akan singgah makan di tepi tasik ni).


Selesai makan, kami pun mengabadikan kenangan bersama-sama di tepi tasik ni. First gambar PERWAKILAN, then "PERWAKILI" dan sudah pasti gambar beramai-ramai (^_^)

PERWAKILAN Moscow

"PERWAKILI"


On the way balik semua pun dah kepenatan, senyap aje bas.  Tido lah tu! :D Maklumlah hati berbunga riang sebab perut dah kenyang dan kristal pun dah ada ditangan.  Duit habis pun tak ralat.

Berhenti rehat di R&R sambil makan aiskrim
Pergi dan balik pun trafik lancar.  Sampai di Moscow hampir jam 8 malam (tapi masih cerah).  Punggah barang keluar dari perut bas.  Ermmm, banyaknya kotak!!





Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.