Wednesday, February 22, 2012

Mesyuarat Agung Perwakilan Moscow 2012/2013



Bertemakan "maroon".  

Itulah color yang dipilih untuk Mesyuarat Agung PERWAKILAN 2012/2013 yang telah diadakan pada 7hb Februari 2012 (Selasa), jam 10.30 pagi di Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia Moscow.  

Jutaan terima kasih ditujukan kepada Y. Bhg. Dato' Duta selaku Penaung PERWAKILAN Moscow kerana sudi memberikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung tersebut.


Mesyuarat Agung PERWAKILAN Moscow bermula tepat pada jam 11.15 pagi.  Agenda utama mesyuarat tersebut adalah untuk membubarkan AJK lama dan melantik AJK PERWAKILAN Moscow bagi sesi 2012/2013.  

Majlis bacaan yasin dijalankan sebelum mesyurat bermula

Y. Bhg. Datin Rusamelia Rusland - Pengerusi PEWAKILAN Moscow
Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang telah dilantik.  Semoga tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan kepada anda dapat dijalankan dengan penuh gigih dalam merancang dan melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik di masa akan datang.  

AJK PERWAKILAN Moscow 2012/2013
Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada AJK yang lama yang telah gigih merancang segala aktiviti sepanjang tahun 2011/2012.



Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.