Thursday, April 26, 2012

Memborong kristal di Vladimir


Seawal 5 pagi, 21 April 2012 kami bertolak ke Guskrustalny yang terletak di Vladimir. Trip kali ini adalah anjuran bersama Kelab Sosial & Kebajikan Malawakil Moscow dan juga PERWAKILAN Moscow.

 

Perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut mengambil masa 5 jam dan alhamdulillah, memandangkan trafik berjalan lancar pada hari tersebut kami telah sampai ke Guskrustalny pada jam 10 pagi.

Apa yang ada di Guskrustalny ni ya? Actually, tempat ini terdapat kilang kristal dan sudah tentulah harganya lebih murah.  Dan yang pasti, dua tiga kali lebih murah dari kristal yang dijual di Malaysia (or maybe lebih murah lagi dan lagi).  Tapi kami bukan beli di kilang tapi di "rinak" (pasar).

Terdapat berbagai pilihan disini, dari segi bentuk, rupa, color dan sebagainya. Nak chandelier? Nak glass? Nak mangkuk? Nak color biru, merah?? Ermmm, sebut je..semua ada.






Bab harga tak payah nak cakap lah, memang sungguh murah sangat! Sungguh berbaloi orang kata untuk dibeli.  Mana nak dapat chandelier kristal dengan harga yang murah.  Ada yang RUB900 (+-RM90), RUB1200 (+-RM120) dan macam-macam harga lagi ada.  Nak yang mahal? Yang murah? Pilih ajer :D



Puas membeli kristal, perut pun dah lapar so kami pergi "port" biasa; tepi tasik yang masih beku sikit (setiap kali pergi beli kristal kami akan singgah makan di tepi tasik ni).


Selesai makan, kami pun mengabadikan kenangan bersama-sama di tepi tasik ni. First gambar PERWAKILAN, then "PERWAKILI" dan sudah pasti gambar beramai-ramai (^_^)

PERWAKILAN Moscow

"PERWAKILI"


On the way balik semua pun dah kepenatan, senyap aje bas.  Tido lah tu! :D Maklumlah hati berbunga riang sebab perut dah kenyang dan kristal pun dah ada ditangan.  Duit habis pun tak ralat.

Berhenti rehat di R&R sambil makan aiskrim
Pergi dan balik pun trafik lancar.  Sampai di Moscow hampir jam 8 malam (tapi masih cerah).  Punggah barang keluar dari perut bas.  Ermmm, banyaknya kotak!!





Monday, April 9, 2012

Batik in the snow


28 Mac 2012 merupakan Mesyuarat PERWAKILAN kali pertama bagi sesi 2012/2013 dan tema bagi mesyuarat kali ini adalah "batik". Memandangkan dewan masih lagi under renovation, maka mesyuarat telah diadakan di Winter Garden, Kedutaan Besar Malaysia.

Suhu pada hari tersebut adalah lebihkurang 4'celcius dan kami dengan pelbagai gaya dan dengan gembiranya bergambar tanpa memakai jaket tebal (^_^)



 


Walaupun cuaca sejuk tapi kami masih lagi ketawa dan senyum dengan gembiranya..Tengok saje lah gambar-gambar di atas.. Kebal sungguh kami kan. Hihihi  (^____^)



Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.