Friday, December 14, 2012

Demonstrasi Membuat Roti



Kami sungguh berterima kasih kepada Puan Arfah kerana telah sudi mengadakan kelas / demo membuat roti.  Dua jenis roti telah dipilih iaitu roti kentang (potato bread) dan juga roti sosej.

Langkah-langkah yang ditunjukkan oleh "cikgu" sungguh bermakna sekali kepada kami ahli PERWAKILAN.

roti yg telah siap diadun menggunakan "breadmaker"
glaze..
piping custard cream..
sebelum dibakar..
180'c....20 hingga 30 minit..
selepas dibakar...
oh, ini adalah potato bread yang tak menjadi akibat tersalah setting breadmaker..

Sekali lagi PERWAKILAN Moscow mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Arfah yang sudi berkongsi ilmu membuat roti dengan kami.  



Wednesday, December 12, 2012

IWC Winter Bazaar 2012



IWC Winter Bazaar 2012 pada tahun ini telah berlaku pada 1hb Disember 2012 bertempat di Radisson Slavanskaya Hotel.  Seawal 7.30 pagi kami telah berada di hotel tersebut untuk membuat persiapan.

Walaupun bazaar hanya akan bermula pada jam 10.30 pagi, tetapi penjualan barang-barang dan juga makanan telah berlaku seawal jam 9.00 pagi lagi.

Antara makanan yang dijual adalah kuih-muih, satay, nasi tomato, nasi lemak, spagethi dan mihun goreng manakala barang kraf yang dijual merupakan kaftan, kain batik, kain pelekat, teh boh, sos cili, kicap dan sebagainya.







Selain Malaysia, banyak lagi negara-negara lain yang turut menyertai Winter Bazaar 2012 ini antaranya Vietnam, Indonesia, Brunei, Turkey, China, Japan, Korea, Czech, Ukraine, Sweden, Italy, Nigeria dan lain-lain.





Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelumnya, jualan adalah sangat laris dan begitu menggalakkan kerana pada masa inilah pelanggan dapat merasa dan menikmati kuih-muih, makanan tradisi serta barangan kraf rakyat Malaysia yang dijual dengan harga yang berpatutan.

Dan diharapkan dengan pendedahan ini juga ia dapat menarik minat mereka untuk melancong ke Malaysia.




Farewell & Welcoming


Tahun 2012 menyaksikan berlaku beberapa pertukaran yang melibatkan ahli PERWAKILAN Moscow.  Kali ini tiba pula giliran Puan Sharifah Ilham yang telah meninggalkan bumi Russia pada 29 September 2012.





Selain itu, baru-baru ini pula telah berlaku pertukaran yang melibatkan seorang lagi ahli PERWAKILAN iaitu Puan Siti Azanah yang akan kembali ke Malaysia dalam masa yang terdekat ini.




Adat berada di perantauan, ada yang kembali ke Malaysia dan ada juga yang datang mengisi kekosongan.  Yang pasti setiap kali perpisahan berlaku, pasti kesedihan yang akan melanda.  Walau apa jua keadaan, kami pasti mendoakan yang terbaik untuk anda dengan harapan pasti kita akan berjumpa lagi dikemudian hari.  Diharapkan juga ikatan silaturrahim yang terjalin akan berpanjangan hingga ke syurga.

Dikesempatan ini kami juga ingin merakamkan ucapan "Selamat Datang" kepada ahli-ahli PERWAKILAN yang baru iaitu Puan Fauzana binti Abdul Muhi dan juga Puan Rohayah.



Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.