Monday, March 23, 2015

Coffee Morning in Denims

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada Sabtu 21 Mac 2015, telah berlangsung majlis Coffee Morning di кафе чайхана (Kafé Chai-kha-na) yang dihoskan secara berkumpulan oleh 7 orang ahli Perwakilan Moscow, iaitu Madam Patricia, Pn. Norlis, Pn. Jarin, Pn. Hadiyana, Pn. Fauzana, Pn. Khairunnisa dan Pn. Syila.


Majlis santai yang bertemakan "Denim" itu bermula kira-kira pada jam 11.30 pagi dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datin Rusamelia Rusland dan diikuti ucapan oleh Pn. Hadiyana Md. Yatim mewakili pihak hos.
Y.Bhg. Datin Rusamelia
Ucapan pembuka majlis dari pihak hos.
Pelbagai aturcara telah disusun seperti cabutan hadiah dan juga games.

Hadiah melalui panggilan telefon.
Telefon Rosak!
Pertandingan nyanyian "mbekk" berkumpulan.

Hadiah turut disediakan untuk pemenang-pemenang "Best Coffee Morning Host" dan "Best Dress".
Pn. Noraini menang Best Dress & Pn. Ilham menang Best Host!

Pn. Rohaya menang hadiah kerana sebungkus Mentos..hehe

Aunties Julie & Ilham dapat hadiah sebab paling sporting menyanyi...
 our darling Lelia dapat hadiah the youngest member!

TAHNIAH kepada semua pemenang!!

Mdm. Patricia
Setiap hos turut menerima cenderahati daripada Perwakilan Moscow yang telah disampaikan oleh YBhg. Datin.


Pn. Jarin, Pn. Norlis, Pn. Hadiyana

Pn. Nisa, Pn. Nana, Pn. Syila

Majlis bersurai kira-kira jam 2 petang.

Alhamdulillah...tiada seorang pun yang pulang dengan tangan kosong.

Terima kasih kepada puan-puan hos dan semua ahli yang hadir.

We had a blast!

Sekian.




Saturday, March 14, 2015

Women's Day Dinner

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Happy (belated) International Women’s Day!!

Perwakilan Moscow telah meraikannya dengan mengadakan makan malam bersama YBhg. Datin Rusamelia Rusland dan ahli-ahli yang lain di Bosfor Restaurant, Arbat Street, Moscow pada Ahad 8 Mac 2015.


 
Majlis yang bermula pada kira-kira jam 7.30 malam itu diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin dan ahli-ahli yang bergaya dengan pakaian serba merah dan hitam bersempena tema “Ladies in Red & Black”.






Selesai menjamu selera, setiap ahli menerima cenderahati daripada YBhg. Datin.


 
Ini disusuli pula dengan acara yang paling ditunggu-tunggu iaitu pengumuman pemenang “Best Dress for the Night” dan hadiah tersebut telah dimenangi oleh Pn. Hadiyana Md. Yatim.

Tahniah Pn. Dee!!

Terima kasih kepada semua yang hadir.

Majlis bersurai kira-kira jam 10 malam.

Thanks for the great night out, ladies!
It was indeed a night to remember.

Sekian.

Mesyuarat Perwakilan Bil.1 2015/2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Mesyuarat Perwakilan Moscow yang pertama bagi sesi 2015/2016 telah diadakan pada Khamis 5 Mac 2015 yang lalu di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia, Moscow.

  
 
Tema pada kali ini adalah “Spring” walaupun di luar sana salji masih di mana-mana dan cuaca tidak menunjukkan tanda-tanda ‘ketibaan lebih awal’ musim yang kami nanti-nantikan itu.



Walaubagaimanapun, ahli-ahli Perwakilan Moscow tetap ceria bermesyuarat dan diserikan pula dengan juadah enak yang dihidangkan oleh Kumpulan A. 
Terima kasih Kumpulan A!

 
Mesyuarat pertama ini antara lain membincangkan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan oleh AJK untuk sepanjang sesi 2015/2016 ini.

Sekian.

AGM 2015/2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Perwakilan Moscow bagi Sesi 2015/2016 telah pun diadakan pada hari Khamis 12 Februari 2015 yang lalu, di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia, Moscow. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh TYT Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia, Dato' Zainol Abidin bin Omar, yang juga merupakan Penaung Perwakilan Moscow.  


Upacara perasmian telah diserikan dengan acara memotong pulut ‘hijau’ bersempena dengan tema pada kali ini iaitu pakaian kebangsaan berwarna hijau.

 
TAHNIAH diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) yang baru dilantik bagi sesi 2015/2016 dan TERIMA KASIH kepada AJK sesi 2014/2015 atas khidmat yang telah diberikan sepanjang sesi yang lalu. Semoga AJK yang baru dapat meneruskan kesinambungan dan memberikan kerjasama sebaik mungkin.

  
Seperti biasa, Mesyuarat Agung ini diakhiri dengan upacara pertukaran hadiah di antara ahli-ahli Perwakilan dan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Perwakilan Moscow, YBhg. Datin Rusamelia Rusland.

Akhir kata, semoga tahun 2015 akan mendatangkan lebih manfaat dan keceriaan kepada Perwakilan Moscow.

Sekian.

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.