Sunday, April 12, 2015

Memborong Kristal di Gus-Khrustalny

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Pada Sabtu 11 April 2015, Perwakilan Moscow telah membuat kunjungan ke Gus-Khrustalny untuk memborong barangan kristal di sana.
  
Gus-Khrustalny adalah sebuah pekan kecil di Vladimir Oblast yang terletak kira-kira 190km ke timur Moscow. Ia memang terkenal dengan perusahaan kristal sejak abad ke-18 lagi. Oleh itu, barangan kristal yang dijual di sini amat rendah harganya (berkali-kali ganda) jika dibandingkan dengan yang dijual di Malaysia atau di tempat lain.

Rombongan seramai 19 orang ini turut disertai TYT Dato' Zainol Abidin Omar dan YBhg. Datin Rusamelia Rusland. 

Bas yang dinaiki telah bertolak seawal jam 4 pagi dari Kedutaan Malaysia dan tiba di Gus-Khrustalny pada kira-kira jam 8.30 pagi. 

  
Pelbagai barangan kristal yang bermacam bentuk, warna dan kegunaan boleh didapati di sini. Antara yang menarik ialah lampu chandelier, gelas, jug, mangkuk, vase, dan lain-lain. Memang merambang mata!!


Setelah penat memborong, kami bertolak pulang dari рынок (ri-nak atau pasar) kristal pada jam 2 petang tetapi singgah di sebuah kawasan tasik untuk makan tengahari terlebih dahulu. Seterusnya bas bergerak meneruskan perjalanan pulang dan selamat tiba di Kedutaan Malaysia pada kira-kira jam 6.15 petang.


  

SYABAS diucapkan kepada AJK Sosial & Kebajikan kerana telah berjaya menjalankan aktiviti ini.

Biarpun penat namun setiap ahli rombongan pastinya berpuas hati dengan ‘hasil tangkapan’ masing-masing.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.