Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Pada Khamis 19 November 2015, majlis sambutan ketibaan PYT Dato’ Hayati Ismail, Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia yang juga merupakan Pengerusi Perwakilan Moscow yang baru telah diadakan di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia, Moscow.
PYT Dato’ Hayati dan suami, Tuan Haji Abdullah Sani telah selamat tiba di Moscow pada 29 Oktober 2015 yang lalu dari Kanada.
PYT Dato' Hayati Ismail |

Selain daripada itu, majlis yang sama
mengalu-alukan kedatangan ahli baru, Pn. Noor Shafinaz Saad - isteri kepada En.
Mohd. Ashraf Hamdi, Setiausaha Pertama (pendidikan) - yang baru tiba di Moscow
pada 3 Oktober 2015.
Kami juga meraikan 2 orang ahli
Perwakilan Moscow yang akan berangkat pulang ke Malaysia iaitu Pn. Rohaya
Arshad dan Pn. Norshafidayu Berhnaldin @ Ayu.
Pn. Rohaya dan suami, Kol. (TUDM) Rashid
Majid (Atase Pertahanan di Moscow) dijangka akan pulang pada 13 Disember ini. Sementara
itu, Pn. Ayu bersama suami, En. Nizar Mohd. Yatim (Keselamatan) dan anak-anak
telah pun berangkat pulang ke Malaysia semalam, Khamis 26 November.
Pn.Rohaya |
Duduk paling kiri - Pn. Noor Shafinaz (ahli baru) |
Makanan telah disediakan secara potluck oleh para ahli yang hadir.
Terima kasih atas kerjasama semua.
Tn. Haji Abdullah Sani dijemput makan bersama ahli-ahli Perwakilan. |
Perwakilan Moscow merakamkan Salam
Perpisahan kepada Pn. Rohaya dan Pn. Ayu. Kami mendoakan yang terbaik untuk mereka
berdua dan keluarga. Semoga kita berjumpa lagi!!
Sekian.