Friday, November 27, 2015

Welcoming Pengerusi & Ahli Baru serta Farewell Pn. Rohaya & Pn. Ayu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

PYT Dato' Hayati Ismail



Pada Khamis 19 November 2015, majlis sambutan ketibaan PYT Dato’ Hayati Ismail, Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia yang juga merupakan Pengerusi Perwakilan Moscow yang baru telah diadakan di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia, Moscow.

PYT Dato’ Hayati dan suami, Tuan Haji Abdullah Sani telah selamat tiba di Moscow pada 29 Oktober 2015 yang lalu dari Kanada.

Selain daripada itu, majlis yang sama mengalu-alukan kedatangan ahli baru, Pn. Noor Shafinaz Saad - isteri kepada En. Mohd. Ashraf Hamdi, Setiausaha Pertama (pendidikan) - yang baru tiba di Moscow pada 3 Oktober 2015.


Kami juga meraikan 2 orang ahli Perwakilan Moscow yang akan berangkat pulang ke Malaysia iaitu Pn. Rohaya Arshad dan Pn. Norshafidayu Berhnaldin @ Ayu.

Pn. Rohaya dan suami, Kol. (TUDM) Rashid Majid (Atase Pertahanan di Moscow) dijangka akan pulang pada 13 Disember ini. Sementara itu, Pn. Ayu bersama suami, En. Nizar Mohd. Yatim (Keselamatan) dan anak-anak telah pun berangkat pulang ke Malaysia semalam, Khamis 26 November.

Pn.Rohaya
Pn. Norshafidayu
Duduk paling kiri - Pn. Noor Shafinaz (ahli baru)
Makanan telah disediakan secara potluck oleh para ahli yang hadir. Terima kasih atas kerjasama semua.
Tn. Haji Abdullah Sani dijemput makan bersama ahli-ahli Perwakilan.
Perwakilan Moscow merakamkan Salam Perpisahan kepada Pn. Rohaya dan Pn. Ayu. Kami mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua dan keluarga. Semoga kita berjumpa lagi!!

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.