Friday, January 21, 2011

Mesyuarat PERWAKILAN ke 4 Sesi 2010/2011 & Jamuan Perpisahan Pn. Suriyanti Safian




17 Januari 2011 - Mesyuarat dan perjumpaan ahli kali pertama bagi tahun 2011 yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Datin Rusamelia Rusland telah berlangsung seperti biasa dengan dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin serta doa selamat, diketuai oleh Pn. Siti Azanah Mohd Diah. Selesai majlis bacaan yaasin serta mesyuarat PERWAKILAN, acara diteruskan dengan majlis jamuan perpisahan untuk Pn. Suriyanti Safian yang akan kembali menyambung tugasan di Malaysia setelah lebih 3 tahun berkhidmat di bumi Moscow ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn. Suriyanti di atas segala sumbangan dan tenaga yang telah dicurahkan sepanjang beliau berada di sini, terutama selaku Penolong Setiausaha PERWAKILAN bagi sesi 2010/2011. Diharapkan ikatan persahabatan dan persaudaraan yang sedia terjalin akan terus berpanjangan. Selamat Maju Jaya juga diucapkan kepada Pn. Suriyanti.

Di majlis ini juga turut berlangsung acara pertukaran hadiah sesama ahli, di mana setiap ahli dikehendaki menyediakan sebarang hadiah (dengan harga yang dipersetujui bersama) untuk ditukar sesama ahli dengan kaedah cabutan undi. Aktiviti yang telah dimulakan sejak tahun lepas ini nyata mendapat sambutan ahli-ahli, dimana semuanya dapat berkongsi kegembiraan dan keseronokan dan memupuk semangat ikhlas dalam memberi serta menerima sesuatu pemberian..

No comments:

Post a Comment

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.