Wednesday, April 28, 2010

Perjumpaan Ahli PERWAKILAN Ke-3/2010 & Majlis Bacaan Yaasin

Ahli-ahli PERWAKILAN bersama Y.Bhg. Datin Saripah

Perjumpaan kali ke - 3/2010 PERWAKILAN pada 26 April 2010. Kumpulan C merupakan penganjur bagi aktiviti kali ini, manakala tema pula berunsurkan 'Middle Eastern Flair' telah dicadangkan oleh Y.Bhg. Datin Pengerusi sendiri.

Ahli Kumpulan C dibarisi oleh:

i) Puan Siti Arfah Abd Ghani
ii) Puan Nabesa Yusoff
iii)Puan Laili Rahmi Mat Zin
iv) Cik Sarifa Samsudin

Ahli PERWAKILAN pada hari tersebut sangat 'sporting' mengenakan pakaian yang unik dan bersesuaian bagi memenuhi tema "Middle Eastern Flair". Hidangan serta hiasan turut berkonsepkan Timur Tengah, antaranya adalah hidangan Nasi minyak, Roti, Kebab, Humus, salad, dan baklava yang telah disediakan oleh ahli-ahli daripada Kumpulan C.

Pihak penganjur telah mengadakan beberapa pertandingan bagi memeriahkan majlis:
a) Peragaan pakaian mengikut tema
b) Pertandingan Tarian Gelek berpasangan
c) Pertandingan Meneka Jumlah gula-gula

Pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah sumbangan dari PERWAKILAN. YBhg Datin Saripah dan Kumpulan C turut bermurah hati menyumbangkan hadiah peribadi untuk pemenang.

Penyerahan cenderahati kepada Pn. Fatimah Julia Romeli

Di samping itu pihak PERWAKILAN juga meraikan majlis perpisahan bagi Pn. Fatimah Julia Romeli yang akan meninggalkan Moscow untuk menyambung pengajian beliau di tanah air. PERWAKILAN Moscow mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Fatimah Julia atas sumbangan besarnya kepada setiap aktiviti PERWAKILAN dan diharapkan semoga hubungan yang telah terjalin erat akan terus berkekalan.

Wednesday, April 21, 2010

Rombongan ke Prague


Rombongan dari Moscow yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prague



Pemandangan dari Prague Castle.

Ahli rombongan bergambar berlatar belakangkan Wencelas Monument di Wenceslas Square



Pada 16 April 2010 PERWAKILAN Moscow telah menganjurkan lawatan ke Prague, Republik Chezh. Rombongan ini diketuai oleh Y.Bhg. Datin Saripah Jaafar selaku Pengerusi PERWAKILAN Moscow dan turut disertai oleh 9 orang ahli yang lain.

Lawatan ke luar dari bumi Russia ini merupakan aktiviti yang julung kali dianjurkan oleh PERWAKILAN Moscow. Lawatan ini boleh dianggap sebagai aktiviti santai serta percutian singkat ahli-ahli bagi menikmati keindahan kota Prague yang terkenal sebagai bandar tercantik di sekitar negara Eropah. Di samping itu aktiviti ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan sesama ahli.

Perjalanan ke Prague mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit melalui udara, dan semua ahli rombongan selamat tiba ke destinasi lebih kurang jam 9.30 pagi waktu tempatan. Rombongan disambut oleh wakil dari Kedutaan Besar Malaysia di Prague dan juga pemandu pelancong yang telah ditempah khas oleh koordinator rombongan.

Perjalanan dari lapangan terbang Prague ke hotel penginapan iaitu Hotel Yasmin hanya mengambil masa 30 minit. Suasana persekitaran yang aman dan damai, disertai pemandangan yang memukau mata mengasyikkan ahli rombongan yang agak keletihan kerana keluar dari rumah seawal jam 5 pagi waktu Moscow.

Bergambar kenangan di hadapan Hotel Yasmin

Setibanya rombongan ke hotel penginapan, dan setelah selesai urusan check-in dan menyimpan beg, kami memulakan aktiviti memanaskan badan dengan meninjau sekitar bandar Prague untuk mencari restoran yang sesuai bagi menjamu selera, memandangkan waktu makan tengahari telah tiba.

Selesai makan tengahari dan mencuci mata di sekitar bandar Prague kami pulang ke hotel untuk berehat dan bersiap sebelum menyambung agenda lawatan ke sekitar bandar Prague bersama pemandu pelancong yang telah ditempah khas.

Melihat peta bandar Prague sebelum memulakan langkah.

Lawatan ke sekitar bandar Prague bersama pemandu pelancong memakan masa lebih kurang 3 jam. Aktiviti dimulakan dengan menaiki bas pelancong selama lebih kurang 20 minit dan di teruskan secara berjalan kaki. Bandar Prague memang sesuai diterokai melalui berjalan kaki memandangkan kemudahan pejalan kaki yang banyak tersedia. Walau pun keletihan namun setiap ahli rombongan bersemangat dan tidak pernah mengeluh kepenatan. Berbaloi berjalan sambil menikmati udara yang segar dan nyaman di sekitar bandar Prague. Pemandu pelancong turut memberikan info dan sejarah setiap tempat yang dikunjungi.

Pada sebelah malam kami dijemput untuk menikmati makan malam bersama TYT Duta Besar Malaysia ke Prague. Jam 8 malam kami bergerak dari hotel penginapan menuju ke kediaman TYT Ambassador Zainal Abidin Bakar dan isteri Puan Sakhiah Mohd Soom. Alhamdulillah hidangan ala Malaysia yang dihidangkan membuka selera kami yang letih dan juga jet lag. Waktu tempatan lewat 2 jam dari Moscow. Rombongan bergerak pulang apabila jam sudah hampir 10 malam waktu tempatan.

Hari kedua lawatan merupakan hari yang di nanti oleh peserta rombongan. Hari pertama dah cuci mata melihat kedai-kedai kristal bohemia. Maka hari kedua telah di gazetkan sebagai hari untuk membeli belah. Kami menyelinap ke setiap kedai kristal untuk mendapatkan harga yang istimewa.

Selesai membeli belah, kami pulang ke hotel. Bagi yang tidak puas membeli-belah esok masih ada. Namun begitu kami dalam keadaan yang gusar kerana mendapat berita lapangan terbang Prague di tutup sementara akibat kesan letupan gunung berapi di Iceland. Kami terpaksa menunggu esok hari untuk mendapat pengesahan sama ada lapangan terbang akan dibuka semula atau masih di tutup.

Hari ketiga lawatan tiba dan menjelang tengahari kami sudah mendapat pengesahan bahawa percutian kami terpaksa di panjangkan memandangkan lapangan terbang akan terus di tutup sehingga di beritahu. Mujurlah hotel penginapan memberikan kadar potongan 50% bagi tetamu yang menghadapi masalah untuk pulang ekoran dari penutupan lapangan terbang. Tepat jam 2 petang bas dan pemandu pelancong tiba untuk membawa kami ke lapangan terbang. Tujuannya adalah untuk menempah dan mengesahkan penerbangan pulang kami ke Moscow. Alangkah terkejut bila kami tiba di kaunter dan mendapat berita penerbangan pulang hanya kosong pada hari Sabtu dan kami juga terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan kecil ekoran penerbangan penuh. Tuhan sahaja yang tahu perasaan setiap ahli rombongan, lebih lagi memikirkan anak-anak dan suami yang di tinggalkan. Kami pasrah dan berdoa agar perjalanan kami di permudahkan.

Pada hari seterusnya kami meneruskan rutin menjelajah bandar Prague dan mula mencari barang keperluan peribadi memandangkan kami perlu tinggal lebih lama dari waktu yang di jangka. Alhamdulillah pegawai dan TYT Duta Besar di Prague banyak membantu kami. Terima kasih yang tak terhingga dari PERWAKILAN Moscow atas bantuan yang di hulurkan. Isnin malam yang juga merupakan hari ke empat kami di Prague kami mendapat khabar gembira. Lapangan terbang telah dibuka semula dan TYT Ambassador Dato Khalis, Duta Besar Malaysia ke Russia telah berjaya mendapatkan bantuan membolehkan kami pulang ke Moscow ke esokkan hari iaitu pada hari Selasa. Ahli rombongan menarik nafas lega. Jutaan terima kasih dan penghargaan kami tujukan kepada TYT Duta Besar Malaysia ke Russia atas bantuan mempercepatkan perjalanan pulang kami.

Jam 5 pagi Selasa, 21 April 2010 kami telah siap bersedia di lobby menanti kenderaan untuk bergerak menuju ke lapangan terbang. Walaupun di khabarkan agar tidak meletak harapan yang tinggi kerana penerbangan ini masih mempunyai risiko, namun kami optimis dan yakin sambil berdoa agar segala urusan di permudahkan. Alhamdulillah berkat doa ahli keluarga dan juga rakan-rakan, urusan daftar masuk semua ahli rombongan tiada masalah. Kami mengucap syukur dan tidak sabar untuk berlepas pulang.

Tuesday, April 6, 2010

Rombongan ke Gzhel



Gzhel is a place sixty kilometres from Moscow, famed as a place of natural beauty and as a seat of renowned pottery manufactures of six centuries’ standing. Known throughout the world, the word gzhel has ample undertones of beauty, harmony and a reality intermingled with magic. The festive blue-patterned porcelain and multi-colored delftware of Gzhel is loved by connoisseurs in all countries due to its makers’ exquisite taste, daring imagination and excellent craftsmanship.


The cradle and main contemporary center of Russian artistic pottery, Gzhel gave its mother country the best achievements of this craft. Archaeological excavations prove that folk pottery thrived here even in the 14th century. Artistic craftsmen could not find a better place than this, with its luscious woods, crystal clear rivers and superb clay. ” Nowhere did I see a clay whiter than this,” exclaimed a medieval chronicler.


Gzhel had its ups and downs throughout its long life. For several centuries it remained a modest seat of peasant craftsmen who made stove and roof tiles and cheap household crockery. The latter half of the eighteenth century made it famous for majolica’s of colored clay with polychrome paintings against white glaze. The 19th century came with new locally invented know-how as the craft evolved from semi-faience to faience and later porcelain. Of special interest were items painted in deep-blue under a transparent glaze, all details etched with a refined precision. Many factories, big and small, engaged in the trade. The end of the century and the start of the 20th brought a desperate crisis. The craft seemed doomed.


The time after the Second World War brought the spectacular revival as artists ventured on a quest for new imagery. Years of painstaking work, during which a generation of innovators was trained, brought Gzhel to a new deserved success.


Now Gzhel is at another peak of renown. Designers and potters lovingly preserve traditional shapes and decor, notable for their folk features. All patterns are hand-made, as before, so every item is a work of art on its own. Still, contemporary samples are easy to tell from nineteenth century antecedents, with a modern treatment of profoundly studied folk motifs, and latter day techniques.


Unprecedented genre paintings appear on china. The assortment grew with new shapes and patterns. Now Gzhel produces tea, coffee and dinner services;, samovars, vases, candlesticks, clocks, lamps, statuettes and many other items in an annual total exceeding 2500 varieties.


Many potters, sculptors and painters descend from generations of local craftsmen. A galaxy of new masters appeared within this decade. Vessels and figurines bearing their names are gems of the most ambitious collections. The youngest masters lovingly preserve old traditions, and enrich this precious heritage with their own finds.


Gzhel is a main center of esthetic education, which encourages children’s innate gifts. Starting at playschool, their work goes on to school and college. Local children honorably participated in exhibitions in Germany, Britain, the United States, Italy and other countries.


In 1994, Gzhel became an honored member of the International Guild of Handicrafts. A glorious future lies ahead of this evergreen art as the world gets tired of mass production and thirsts for hand made things of beauty. They will be in ever greater demand as technical civilization makes further progress. . . .


Sumber dari Hudson-neva.




Antara koleksi yang dipamerkan




Pada 3 April 2010, satu rombongan ke Gzhel iaitu satu kawasan pembuatan dan jualan bahan seramik yang dipanggil Gzhel bersempena dengan nama bandar tersebut telah dianjurkan oleh AJK Sosial & Kebajikan. Seramai 10 orang ahli perwakilan telah menyertai aktiviti ini.

Gzhel yang original adalah dgn corak bunga/binatang serta hiasan bewarna biru, kadang kala terdapat dalam warna hijau/merah/biru gelap. Kini untuk menambah keserian gzhel garisan gold line di tambah. Ramai yang menyatakan line gold menambahkan seri gzhel. Namun untuk penambahan keserian, harga juga bertambah kepada lebih dari 60%.

Gzhel datang dengan pelbagai corak dan rupa bentuk. Dari tea set, dinner set, teko, jam dinding, samovar, tabung, serving plate, dulang, chandeliar hinggalah ke bentuk-bentuk binatang yang comel. Macam-macam pilihan ada mengikut citara peminat/pengumpul koleksi.

Ahli rombongan berpeluang menikmati dan menghargai keindahan pembuatan bahan-bahan hiasan seramik dalam pelbagai bentuk ini serta turut dapat menambah koleksi Gzhel yang diminati.

Saturday, April 3, 2010

Perjumpaan Ahli PERWAKILAN Ke-2/2010 & Majlis Bacaan Yaasin

Pertandingan menyusun puzzle


Pertandingan membuat karipap


Pertandingan mengupas epal

Ratu kebaya - Pn . Fatimah Julia


Johan mencari harta karun - Cik Azizah


Johan karaoke berpasangan - Pn. Nurul Istilah & Cik Azizah



Aktiviti PERWAKILAN Moscow bagi tahun 2010 di teruskan dengan perjumpaan ke dua pada 1 April. Perjumpaan seumpama ini merupakan julung kali di adakan kerana aktiviti dirancang berdasarkan tema "Kebaya Berkacamata". Kumpulan B telah di amanahkan untuk menganjurkan program dan jamuan pada hari tersebut.

Ahli kumpulan B terdiri dari:

i) Puan Siti Azanah Md Diah
ii) Puan Fatimah Julia Romeli
iii)Puan Syarifah Ilham Syed Ahmad
iv) Puan Nor Terti Sulaiman
v) Puan Jamaliah Sarkom
Pihak penganjur dari kumpulan B telah mengadakan aktiviti berbentuk 'game show' yang wajib di sertai oleh semua ahli. Acara yang di pertandingkan pada hari tersebut adalah:

a) Pertandingan Ratu Kebaya
b) Pertandingan Karaoke
3) Pertandingan Menyusun Puzzle
4) Pertandingan Mencari Harta Karun
5) Pertandingan Membuat Karipap
6) Pertandingan Mengupas Epal

Pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah sumbangan dari PERWAKILAN. Pihak PERWAKILAN Moscow ingin merakamkan jutaan terima kasih atas penglibatan dan sokongan penuh dari semua ahli dan syabas di ucapkan kepada kumpulan B kerana telah berjaya menganjurkan aktiviti santai yang menyeronokkan.

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.