Aktiviti PERWAKILAN Moscow bagi tahun 2010 di teruskan dengan perjumpaan ke dua pada 1 April. Perjumpaan seumpama ini merupakan julung kali di adakan kerana aktiviti dirancang berdasarkan tema "Kebaya Berkacamata". Kumpulan B telah di amanahkan untuk menganjurkan program dan jamuan pada hari tersebut.
Ahli kumpulan B terdiri dari:
i) Puan Siti Azanah Md Diah
ii) Puan Fatimah Julia Romeli
iii)Puan Syarifah Ilham Syed Ahmad
iv) Puan Nor Terti Sulaiman
v) Puan Jamaliah Sarkom
Pihak penganjur dari kumpulan B telah mengadakan aktiviti berbentuk 'game show' yang wajib di sertai oleh semua ahli. Acara yang di pertandingkan pada hari tersebut adalah:
a) Pertandingan Ratu Kebaya
b) Pertandingan Karaoke
3) Pertandingan Menyusun Puzzle
4) Pertandingan Mencari Harta Karun
5) Pertandingan Membuat Karipap
6) Pertandingan Mengupas Epal
Pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah sumbangan dari PERWAKILAN. Pihak PERWAKILAN Moscow ingin merakamkan jutaan terima kasih atas penglibatan dan sokongan penuh dari semua ahli dan syabas di ucapkan kepada kumpulan B kerana telah berjaya menganjurkan aktiviti santai yang menyeronokkan.

No comments:
Post a Comment