Wednesday, April 28, 2010

Perjumpaan Ahli PERWAKILAN Ke-3/2010 & Majlis Bacaan Yaasin

Ahli-ahli PERWAKILAN bersama Y.Bhg. Datin Saripah

Perjumpaan kali ke - 3/2010 PERWAKILAN pada 26 April 2010. Kumpulan C merupakan penganjur bagi aktiviti kali ini, manakala tema pula berunsurkan 'Middle Eastern Flair' telah dicadangkan oleh Y.Bhg. Datin Pengerusi sendiri.

Ahli Kumpulan C dibarisi oleh:

i) Puan Siti Arfah Abd Ghani
ii) Puan Nabesa Yusoff
iii)Puan Laili Rahmi Mat Zin
iv) Cik Sarifa Samsudin

Ahli PERWAKILAN pada hari tersebut sangat 'sporting' mengenakan pakaian yang unik dan bersesuaian bagi memenuhi tema "Middle Eastern Flair". Hidangan serta hiasan turut berkonsepkan Timur Tengah, antaranya adalah hidangan Nasi minyak, Roti, Kebab, Humus, salad, dan baklava yang telah disediakan oleh ahli-ahli daripada Kumpulan C.

Pihak penganjur telah mengadakan beberapa pertandingan bagi memeriahkan majlis:
a) Peragaan pakaian mengikut tema
b) Pertandingan Tarian Gelek berpasangan
c) Pertandingan Meneka Jumlah gula-gula

Pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah sumbangan dari PERWAKILAN. YBhg Datin Saripah dan Kumpulan C turut bermurah hati menyumbangkan hadiah peribadi untuk pemenang.

Penyerahan cenderahati kepada Pn. Fatimah Julia Romeli

Di samping itu pihak PERWAKILAN juga meraikan majlis perpisahan bagi Pn. Fatimah Julia Romeli yang akan meninggalkan Moscow untuk menyambung pengajian beliau di tanah air. PERWAKILAN Moscow mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Fatimah Julia atas sumbangan besarnya kepada setiap aktiviti PERWAKILAN dan diharapkan semoga hubungan yang telah terjalin erat akan terus berkekalan.

No comments:

Post a Comment

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.