Monday, June 7, 2010

Asia Pacific Women's Group (APWG) Moscow Charity Bazaar 2010

Ahli perwakilan bergambar bersama YBhg Datin Saripah di meja jualan makanan

Ahli perwakilan yang bertugas di meja barangan kraf bersama Y.Bhg. Datin Saripah

Antara produk makanan yang dijual

5 Jun 2010 - Asia Pacific Women's Group (APWG) Moscow Charity Bazaar yang merupakan acara tahunan bagi pertubuhan tersebut telah berlangsung bertempat di Hotel Radisson SAS Slayanskaya. Bazaar yang dianjurkan bagi mengutip dana bagi menampung aktiviti-aktiviti kebajikan di Moscow ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kesemua pihak kedutaan negara-negara Asia Pasific yang terdapat di Moscow. 16 buah negara telah mengambil bahagian dalam acara ini antaranya Thailand, Indonesia, Korea, Jepun, China, Filipina, Vietnam, Myanmar, Bangladesh serta beberapa negara lain, termasuklah Malaysia.

Bazaar ini dibuka kepada orang ramai bermula jam 10 pagi hingga 4 petang. Tiket masuk dijual pada harga Ruble 100.00 manakala tiket cabutan bertuah (rafles ticket) pula berharga Ruble 50.00. Pelbagai barangan seperti barangan kraf, produk makanan, barangan perhiasan dan pakaian boleh dibeli di acara ini pada harga yang berpatutan.

Pihak PERWAKILAN Moscow juga tidak ketinggalan menyertai acara ini dengan mengadakan jualan produk makanan dan juga barangan kraf dari Malaysia yang mana telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan. Antara produk makanan yang telah diketengahkan adalah nasi lemak sambal tumis udang berserta rendang ayam/ayam goreng , bihun goreng dan juga kuih muih Melayu yang popular seperti karipap, kuih bakar, jemput pisang dan dadih. Sementara itu barangan kraf yang terdapat di gerai Malaysia adalah pelbagai produk batik seperti kain batik sarung, kaftan, kemeja dan juga pelbagai aksesori menarik. Tidak ketinggalan juga beberapa produk makanan kering dan tin seperti sardin, kopi, rempah ratus dan lain-lain lagi.

Disamping aktiviti jualan, bazaar ini turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dari beberapa negara yang mengambil bahagian serta diselangseli dengan acara cabutan bertuah. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada mereka yang bertuah antaranya barangan elektrik dan elektronik. Pn. Harjit Kaur adalah antara yang bertuah pada hari tersebut di mana beliau turut menjadi salah seorang penerima hadiah utama dalam acara ini.

No comments:

Post a Comment

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.