Wednesday, June 16, 2010

Perjumpaan Ahli PERWAKILAN ke 4/2010

Perjumpaan ahli PERWAKILAN bagi kali ke-4 tahun 2010 telah berlangsung pada 15 Jun 2010 setelah selesai mesyuarat PERWAKILAN kali ke-2 sessi 2010/2011. Aktiviti pada kali ini adalah dengan tema pakaian "Smart Casual with Wig" di bawah anjuran ahli-ahli Kumpulan D yang terdiri daripada :
i) Pn. Nor Asimah Petah
ii) Pn. Nor Azlin Mohd Shahar
iii) Pn. Maznah Ahmad
iv) Pn. Harjit Darbara Kaur

Antara aktiviti yang telah diadakan bagi mengisi acara pada hari tersebut adalah:

a) Peragaan Pakaian Tema
b) Permainan mencari barang di dalam beg tangan
c) Permainan Musical Statue

Majlis berlangsung dalam suasana riang dengan semangat kerjasama yang jitu sesama ahli Perwakilan. Berikut merupakan pemenang-pemenang bagi aktiviti yang dijalankan:

- Kategori Peragaan Pakaian Tema - Pn. Nabesa & Pn. Siti Arfah
- Permainan mencari barang - Pn. Laili Rahmi
- Permainan musical statue - Pn. Harjit

Para pemenang bagi setiap acara kemudiannya menerima cenderahati daripada YBhg. Datin Pengerusi hasil sumbangan daripada PERWAKILAN.

Majlis turut diserikan dengan program poco-poco di akhir acara di mana para ahli PERWAKILAN berpeluang mempelajari gerakan baru poco-poco hasil tunjuk ajar daripada YBhg. Datin Saripah Jaafar dengan dibantu oleh Pn. Siti Arfah Ghani. Para ahli PERWAKILAN kemudiannya disajikan dengan hidangan istimewa 'Pantai Timur' hasil tangan ahli-ahli Kumpulan D yang sangat lazat antaranya ialah nasi kerabu dan juga nasi dagang serta capati.

No comments:

Post a Comment

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.